Jika Mereka Ahlussunnah Nabi S.a.w; Bagian Ketiga-Selesai

BAHAGIAN KETIGA

JIKA KHALIFAH UTHMAN DAN PENGIKUTNYA AHLUS SUNNAH NABI S.A.W, NESCAYA MEREKA TIDAK MENENTANG SUNNAH NABI S.A.W

Khalifah Uthman dianggap contoh yang unggul sebagai pelaku atau pengamal Sunnah Nabi (Sa.w) selepas khalifah Umar, tetapi para ulama Ahlu s -Sunnah wa l-Jama‘ah juga mencatat sebaliknya di dalam buku-buku mereka. Sekiranya mereka berbohong di dalam catatan mereka, maka mereka tidak boleh dipercayai lagi dan bertanggungjawab di hadapan Allah (swt). Dan sekiranya catatan mereka itu betul, kenapa kita menolaknya dan terus memusuhi Sunnah Nabi (S.a.w) yang bertentangan dengan sunnah Uthman? Justeru itu, adakah khalifah Uthman dan pengikut-pengikutnya Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w)? Berikut di kemukakan sebahagian daripada sunnah khalifah Uthman yang bertentangan dengan al-Qur’an dan Sunnah Nabi (S.a.w) serta akal yang sejahtera:

1. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka tidak melarang kaum Muslimin dari meriwayat dan menulis Sunnah Nabi (S.a.w) dengan sepenuhnya. Tetapi Khalifah Uthman telah melarang kaum Muslimin dari meriwayat dan menulis Sunnah Nabi (S.a.w) dengan sepenuhnya. Dia berkata: "Tidak boleh bagi seseorang meriwayatkan hadis yang tidak diriwayatkan pada masa Abu Bakar dan Umar.( Muntakhab al-Kanz fi Hamisy Musnad Ahmad, IV, hlm. 64; al-Darimi, al- Sunan, I, hlm. 132; Ibn Sa'd, Tabaqat, II, hlm.354] Persoalannya: Jika Sunnah Nabi pada masa khalifah Abu Bakar dan Umar telah dilarang dari diriwayat dan dituliskan, apa lagi yang tinggal pada masa khalifah Uthman? Malah khalifah Uthman hanya menuruti Sunnah dua khalifah yang terdahulu. Justeru itu ketiga-tiga khalifah tersebut telah melarang atau sekurang-kurangnya tidak memberi kebebasan kepada kaum Muslimin untuk meriwayat atau menulis Sunnah Rasulullah (S.a.w) yang menjadi sumber kedua pentingnya selepas al-Qur'an.

Oleh itu ianya bertentangan dengan Sunnah Rasulullah (S.a.w), "Allah memuliakan seseorang yang mendengar hadisku. Kemudian dia menjaganya dan menyebarkannya pula. Kadangkala pembawa ilmu (hadis) membawanya kepada orang yang lebih alim daripadanya dan kadangkala pembawa ilmu (hadis) bukanlah seorang yang alim."[Ahmad bin Hanbal, al-Musnad, I, hlm. 437; al-Hakim, al-Mustadrak, I, hlm. 78]. Dan sabdanya, "Siapa yang ditanya tentang ilmu, maka dia menyembunyikannya, Allah akan membelenggukannya dengan api neraka."[Ahmad bin Hanbal, al-Musnad, III, hlm. 263]. Lantaran itu tidak hairanlah jika hadis atau Sunnah Nabi (S.a.w) mulai ditulis secara resminya pada maspemerintahan Umar bin Abdu l-Aziz." Justeru itu mereka bukanlah Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), malah mereka adalah Ahlu s-Sunnah Uthman atau Ahlu s-Sunnah ciptaan mereka sendiri.

2. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka tidak mendahulukan khutbah Hari Raya di dalam solat Hari Raya, tetapi Khalifah Uthman adalah orang pertama yang mendahulukan khutbah Hari Raya di dalam solat Hari Raya. Ianya adalah bertentangan dengan Sunnah Rasulullah (S.a.w).[al-Suyuti, Tarikh al-Khulafa', hlm. 137] Justeru itu mereka bukanlah Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), malah mereka adalah Ahlu s-Sunnah Uthman atau Ahlu s-Sunnah ciptaan mereka sendiri.

3. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka menjalankan hukum Qisas ke atas pembunuh dengan sengaja, tetapi Khalifah Uthman tidak menjalankan hukum Qisas ke atas Ubaidullah bin Umar al-Khattab kerana membunuh Hurmuzan dan Jufainah.

Sebaliknya membawanya ke Kufah dan membenarkannya menetap di sana. Kaum Muslimin menentang Sunnahnya.[Ibn Hajr, al-Isabah, I, hlm. 619; Ibn Sa'd, Tabaqat, V, hlm. 8-10] Oleh itu pembekuan khalifah Uthman terhadap hukum bunuh Ubaidullah bin Umar yang telah membunuh Hurmuzan dan Jufainah adalah satu perbuatan yang menyalahi nas seperti berikut:
a). Pembunuhan yang dilakukan oleh Ubaidullah hanya berpegang kepada kata-kata Abdur Rahman bin Abu Bakar yang berkata: "Aku lalu di hadapan Abu Lu'luah petang semalam bersama Jufaifah dan Hurmuzan," ini bererti Abdu r-Rahman bin Abu Bakar tidak benar-benar menyaksikan peristiwa itu, dan ini bererti dia bukanlah seorang saksi yang melihat peristiwa tersebut, sedangkan pembunuhan memerlukan dua saksi.
b) Khalifah Uthman berkata: "Hurmuzan tidak mempunyai wali, oleh itu walinya ialah orang-orang Islam, aku adalah khalifah kamu dan aku telah mengampunkannya."[al-Ya'qubi, Tarikh, II, hlm. 141; Ibn Sa'd, Tabaqat, V, hlm. 10]
c) Ali berkata: "Bunuhlah fasiq ini (Ubaidullah bin Umar) kerana dia telah melakukan perkara yang besar, iaitu membunuh seorang Muslim tanpa kesalahan, " lalu dia berkata kepada Ubaidullah, "Wahai si fasiq, jika aku menang dengan kamu pada suatu hari, aku mesti membunuh kamu kerana kamu telah membunuh Hurmuzan."Kata-kata Ali menunjukkan beliau mempercayai bahawa Ubaidullah telah melakukan pembunuhan yang tidak patut dilakukan terhadap Hurmuzan dan Jufainah (Ibid).
d) Mengemukakan Qamazaban sebagai wali Hurmuzan adalah bertentangan dengan kenyataan khalifah Uthman sendiri bahawa Hurmuzan tidak mempunyai wali dan beliau sendiri mengakui bahawa beliaulah yang mengampunkan Ubaidullah dan bukan Qamazaban. Oleh itu riwayat yang mengatakan Qamazaban sebagai wali Hurmuzan dan mengampunkan Ubaidullah adalah riwayat maudhuk (palsu), kerana ia telah diriwayatkan oleh al-Surriy yang meriwayatkan daripada Syu'aib daripada Saifbin Umar daripada Abi al-Mansur. Saif bin Umar adalah "seorang khayalan" yang menciptakan seorang khayalan yang lain bernama Abdullah bin Saba' di mana kedua-dua orang tersebut tidak pernah wujud dan ianya ditulis oleh penulis yang tidak diketahui bagi membenarkan apa yang dilakukan oleh sahabat-sahabat tertentu seperti Uthman dan lain-lain, lantaran itu riwayat tersebut mesti ditolak.
e) Hurmuzan dan Jufainah keduanya adalah Muslim, berasal dari Farsi. Ali sendiri menyatakan bahawa Hurmuzan adalah seorang Muslim, "Bunuhlah fasiq itu (Ubaidullah) kerana ia telah melakukan perkara yang besar, iaitu membunuh seorang Islam tanpa dosa. "[al-Ya'qubi, Tarikh, II, hlm. 141; Ibn Sa'd, Tabaqat, V, hlm. 10] Dengan itu alasan bahawa Hurmuzan dan Jufainah adalah kafir adalah bertentangan dengan kata-kata Ali (a.s) dan pembunuh mereka mestilah dibunuh balas.
f) Khalifah Umar bin al-Khattab sendiri berkata selepas ia ditikam: Aku tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku, buatlah penelitian apabila aku mati dan dapatkan saksi yang menyatakan Hurmuzan adalah pembunuhku, jika ada saksi, maka darahnya adalah menepati darahku dan sekiranya tidak ada saksi maka bunuhlah Ubaidullah kerana dia telah membunuh Hurmuzan sdan Jufainah." Oleh itu saksi dalam kespembunuhan tersebut adalah tidak jelas dan tidak mencukupi dua orang saksi lantaran itu tidak hairanlah apabila Ali a.s menjadi khalifah ia menuntut Ubaidullah supaya ia dibalas bunuh, lalu Ubaidullah berlindung di bawah jagaan Muawiyah di Syam dan akhirnya ia terbunuh di Siffin.

Oleh itu pembekuan hukum qisas oleh khalifah Uthman terhadap Ubaidullah bin Umar yang telah membunuh Hurmuzan dan Jufainah adalah menyalahi nas. Justeru itu mereka bukanlah Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), malah mereka adalah Ahlu s-Sunnah Uthman atau Ahlu s- Sunnah ciptaan mereka sendiri.

4. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w).), nescaya mereka tidak memberikan khums Afrika Utara kepada Marwan bin Hakam, tetapi Khalifah Uthman telah memberikan khums Afrika Utara kepada Marwan bin Hakam, kemudian Marwan membelanjakannya untuk membina istana. Justeru itu perbuatannya adalah bertentangan dengan nas.[Surah al-Anfal (8): 41] sebagaimana juga ia telah dinyatakan oleh Ibn Abd Rabbih: "Di antara kebencian orang ramai terhadap Uthman ialah memberi fadak kepada Marwan, dan apabila dia membuka Afrika Utara ia mengambil khums dan memberikannya kepada Marwan."[Ibn Abd Rabbih, al-Iqd al-Farid, II, hlm. 261; Ibn Qutaibah, al-Imamah wal- Siyasah, I, hlm. 32] Oleh itu terbukti bahawa ijtihad Uthman memberi fadak dan khums Afrika kepada Marwan adalah bertentangan dengan nas. Justeru itu, mereka bukanlah Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), malah mereka adalah Ahlu s-Sunnah Uthman atau Ahlu s-Sunnah ciptaan mereka sendiri.

5. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka tidak mengharamkan Haji Tamattu', sedangkan ia adalah halal. Tetapi Khalifah Uthman mengharamkan Haji Tamattu', sedangkan ia adalah halal. Ali a.s menentang ijtihadnya itu kerana ia menyalahi nas.[al- Bukhari, Sahih, III, hlm. 69; Muslim, Sahih, I, hlm. 349] Justeru itu mereka bukanlah Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), malah mereka adalah Ahlu s-Sunnah Uthman atau Ahlu s-Sunnah ciptaan mereka sendiri.

6. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka tidak memerintahkan supaya direjam seorang perempuan bersuami yang mengandung 6 bulan, tetapi Khalifah Uthman memerintahkan supaya direjam seorang perempuan bersuami yang mengandung 6 bulan.

Apabila Ali (a.s) mengetahuinya, beliau menentang hukum tersebut kerana ia bertentangan dengan Surah al-Ahqaf (46): 15 dan Surah al- Baqarah (2): 233. Kedua-dua ayat tersebut bererti masa penyusuan ialah 24 bulan dan masa mengandung yang paling kurang ialah 6 bulan. Sepatutnya khalifah Uthman menangguhkan hukuman tersebut dan menyelamatkan kandungan yang tidak berdosa itu.[Malik, al-Muwatta', II, hlm. 176; al-Baihaqi, al-Sunan al-Kubra, VII, hlm. 42] Justeru itu mereka bukanlah Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), malah mereka adalah Ahlu s-Sunnah Uthman atau Ahlu s-Sunnah ciptaan mereka sendiri.

7. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka tidak melakukan solat 4 rakaat di Mina, sedangkan Rasulullah (S.a.w) melakukan solat di Mina 2 rakaat, tetapi Khalifah Uthman melakukan solat 4 rakaat di Mina, sedangkan Rasulullah (S.a.w) melakukan solat di Mina 2 rakaat. Daripada Abdullah bin Umar berkata: "Rasulullah (S.a.w) melakukan solat dengan kami di Mina 2 rakaat begitu juga Abu Bakar, Umar dan Uthman di masa awal pemerintahannya. Kemudian Uthman sembahyang 4 rakaat. "Abdullah bin Umar apabila melakukan solat bersama khalifah Uthman di Mina beliau melakukan solat 4 rakaat, tetapi apabila melakukan solat seorang diri, dia melakukan 2 rakaat. [al- Bukhari, Sahih, II, hlm. 154; Muslim, Sahih, II, hlm. 260] Sepatutnya khalifah Uthman mengikut Sunnah Nabi (S.a.w) yang melakukan 2 rakaat Qasar zuhur, Asar dan Isyak di Mina. Justeru itu mereka bukanlah Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), malah mereka adalah Ahlu s-Sunnah Uthman atau Ahlu s-Sunnah ciptaan mereka sendiri.

8. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka tidak lari di dalam Perang, tetapi Khalifah Uthman telah lari di dalam Perang Uhud kemudian kembali ke rumahnya selepas tiga hari. Perbuatan ini adalah bertentangan dengan prinsip jihad di dalam al-Qur'an dan Sunnah Nabi (S.a.w). [Ibn Hajr, al-Isabah, II, hlm. 190] Justeru itu, mereka bukanlah Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), malah mereka adalah Ahlu s-Sunnah Uthman atau Ahlu s-Sunnah ciptaan mereka sendiri.

9. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka tidak memukul Abu Dhar kemudian mengusirnya ke Rabzah, tetapi Khalifah Uthman telah memukul Abu Dhar kemudian mengusirnya ke Rabzah. Tindakannya itu ialah disebabkan Abu Dhar mengkritiknya kerana menggunakan harta Baitulmal untuk keluarganya.[Ibn Abd al-Birr, al- Isti'ab, I, hlm. 114; al-Ya'qubi, Tarikh, II, hlm. 162; al-Syahrastani, al-Milal, I, hlm. 26] Abu Dhar berkata: Sesungguhnya anda telah melakukan perkara yang tidak ada di dalam Kitab Allah dan Sunnah Nabi-Nya. Demi Tuhan, aku melihat kebenaran dipadamkan,kebatilan dihidupkan, kebenaran dibohongi, cintakan kebendaan tanpa ketakwaan.[al-Ya'qubi, Tarikh, II, hlm. 16] Justeru itu, mereka bukanlah Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), malah mereka adalah Ahlu s-Sunnah Uthman atau Ahlu s-Sunnah ciptaan mereka sendiri.

10. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka tidak memanggil pulang al-Hakam bin al-As dari Taif ke Madinah, tetapi Khalifah Uthman telah memanggil pulang al-Hakam bin al-As dari Taif ke Madinah, sedangkan al-Hakam adalah seorang yang dilaknati dan diusir oleh Rasulullah (S.a.w). Oleh itu tindakannya itu adalah bertentangan dengan nas.[al-Tabari, Tarikh, V, hlm. 60] Justeru itu mereka bukanlah Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), malah mereka adalah Ahlu s-Sunnah Uthman atau Ahlu s-Sunnah ciptaan mereka sendiri.

11. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka melaksanakan hukum had ke atas al-Walid bin Uqbah kerana meminum arak, tetapi Khalifah Uthman tidak melaksanakan hukum hudud ke atas al-Walid bin Uqbah kerana meminum arak. Dia mengerjakan solat Subuh empat rakaat di dalam keadaan mabuk dan bertanya: Adakah aku perlu menambah lagi rakaatnya? Mereka menjawab: Tidak, kami telah mengerjakan solat kami. "Mereka memberitahu khalifah Uthman mengenainya, lantas khalifah Uthman memarahi mereka, lalu memukul saksi-saksi tersebut. Kemudian mereka memberitahu Aisyah mengenainya.

Aisyah berkata: "Uthman telah membatalkan hudud dan memukul saksi-saksi. [Ibn Hajr, al-Isabah, III, hlm. 638; Ibn al-Athir, Usd al-Ghabah, V, hlm. 91-92; al-Tabari, Tarikh, V, hlm. 60; Ahmad bin Hanbal, al-Musnad, I, hlm. 144] Justeru itu mereka bukanlah Ahlu s- Sunnah Nabi (S.a.w), malah mereka adalah Ahlu s-Sunnah Uthman atau Ahlu s-Sunnah ciptaan mereka sendiri.

12. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka tidak berpendapat bahawa tidak wajib mandi janabah bagi seorang yang menyetubuhi isterinya tanpa keluar mani, tetapi Khalifah Uthman berpendapat bahawa tidak wajib mandi janabah bagi seorang yang menyetubuhi isterinya tanpa keluar mani. [Muslim, Sahih, I, hlm. 142. Sunnahnya itu adalah bertentangan dengan Sunnah Nabi (S.a.w), "Apabila bertemu dua khatan, maka wajiblah mandi janabah."[Ahmad bin Hanbal, al-Musnad, VI, hlm. 47; al-Turmudhi, Sahih, I, hlm. 16] Justeru itu mereka bukanlah Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), malah mereka adalah Ahlu s-Sunnah Uthman atau Ahlu s-Sunnah ciptaan mereka sendiri.

13. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka tidak mewajibkan zakat kuda sedangkan Rasulullah (S.a.w) tidak mewajibkannya, tetapi Khalifah Uthman mewajibkan zakat kuda sedangkan Rasulullah (S.a.w), tidak mewajibkannya. Rasulullah (S.a.w) bersabda, "Aku memaafkan kalian zakat kuda dan hamba. "[al- Buladhuri, Ansab al-Asyraf, V, hlm. 26; al-Bukhari, Sahih, III, hlm. 30; Ahmad bin Hanbal, al-Musnad, I, hlm. 62; al-Syafi'i, al-Umm, II, hlm. 22; Muslim, Sahih, I, hlm. 136] Justeru itu mereka bukanlah Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), malah mereka adalah Ahlu s-Sunnah Uthman atau Ahlu s- Sunnah ciptaan mereka sendiri.

14. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka tidak memerintahkan orang lain supaya tidak mengqasarkan solat melainkan orang yang benar-benar di dalam kesusahan atau kehadiran musuh, tetapi Khalifah Uthman telah memerintahkan gabenor-gabenor-nya supaya tidak mengqasarkan solat melainkan orang yang benar-benar di dalam kesusahan atau kehadiran musuh.[al-Jassas, Ahkam al-Qur'an, II, hlm. 312; al-Baihaqi, Sunan, III, hlm. 137; Ibn Rusyd, Bidayah al- Mujtahid, I, hlm. 163] Tindakannya itu adalah bertentangan dengan firman-Nya di dalam Surah al-Nisa' (4):10:"Dan apabila kamu berpergian di muka bumi, maka tidaklah mengapa kamu mengqasarkan solat(mu)."

Sebagaimana ianya bertentangan dengan Sunnah Nabi (S.a.w) yang mutlak. Justeru itu mereka bukanlah Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), malah mereka adalah Ahlu s-Sunnah Uthman atau Ahlu s-Sunnah ciptaan mereka sendiri.

15. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka tidak memukul seorang sehingga patah tulang rusuknya tanpa sebab yang munasabah,tetapi Khalifah Uthman telah memukul Abdullah bin Mas'ud sehingga patah tulang rusuknya,kerana tidak mahu menyerahkan mushapnya kepada Uthman. Abdullah bin Mas'ud memberitahu kepada Ammar supaya Uthman tidak melakukan solat jenazah ke atasnya nanti.

Uthman meminta maaf, tetapi Abdullah bin Mas'ud berkata:"Aku memohon kepada Allah supaya mengambil hak aku ke atas anda."[Ibn al-Athir, Usd al-Ghabah, III, hlm. 259; Ibn Kathir, Tarikh, VII, hlm. 163; al-Suyuti, Tarikh al-Khulafa', hlm. 157] Justeru itu, mereka bukanlah Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), malah mereka adalah Ahlu s-Sunnah Uthman atau Ahlu s-Sunnah ciptaan mereka sendiri.

16. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka melantik orang Muhajirin dan Ansar di dalam mengendalikan urusan pemerintahan, tetapi Khalifah Uthman tidak melantik orang Muhajirin dan Ansar di dalam mengendalikan urusan pemerintahannya, dan tidak bermesyuarat dengan mereka pula. Malah melantik kerabat-kerabatnya dari Banu Umaiyyah. [al-Imamah wal-Siyasah, I, hlm. 32], sedangkan mereka terdiri daripada orang-orang yang layak untuk memegang jawatan penting seperti gabenor-gabenor dan lain-lain. Tetapi Uthman melantik keluarganya al-Walid bin Uqbah sebagai gabenor di Basrah yang terkenal dengan pemabuk. [al-Tabari, Tarikh, V, hm. 60] Justeru itu mereka bukanlah Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), malah mereka adalah Ahlu s-Sunnah Uthman atau Ahlu s-Sunnah ciptaan mereka sendiri.

17. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka tidak mengambil tempat khas (hima) untuknya dan kerabat-kerabatnya, tetapi Khalifah Uthman telah mengambil tempat khas (hima) untuknya dan kerabat-kerabatnya. Dia melarang kaum Muslimin menggunakan tempat-tempat tersebut yang mengandungi rumput-rumput dan lainlain, sedangkan Rasulullah (S.a.w) menjadikan tempat-tempat tersebut milik bebas kaum Muslimin iaitu mereka bebas memiliki air, rumput, dan api secara saksama. Rasulullah (S.a.w) bersabda: "Kaum Muslimin berkongsi di dalam tiga perkara, rumput-rumputan, air dan api."[al-Halabi, Sirah Nabawiyyah, II, hlm. 78; Ibn Qutaibah, al-Imamah wal-Siyasah, I, hlm. 32] Justeru itu, mereka bukanlah Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), malah mereka adalah Ahlu s-Sunnah Uthman atau Ahlu s-Sunnah ciptaan mereka sendiri.

18. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka tidak membina rumah-rumah mewah untuk isterinya Na'ilah dan anak perempuannya Aisyah dengan menggunakan wang Baitulmal, tetapi Khalifah Uthman telah membina rumah-rumah mewah untuk isterinya Na'ilah dan anak perempuannya Aisyah dengan menggunakan wang Baitulmal. Oleh itu perbuatannya adalah bertentangan dengan Sunnah Rasulullah (S.a.w), dan tidakhairanlah jika kaum Muslimin mengkritiknya.[Ibn Qutaibah, al-Imamah wal-Siyasah, I, hlm. 32] Justeru itu mereka bukanlah Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), malah mereka adalah Ahlu s-Sunnah Uthman atau Ahlu s-Sunnah ciptaan mereka sendiri.

19. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka tidak memberikan pungutan zakat melainkan kepada yang berhak sahaja, tetapi Khalifah Uthman telah memberikan pungutan zakat Qadha'ah (di Yaman) kepada al-Hakam bin al-As sebanyak 300,000 Dirham.[al- Baladhuri, Ansab al-Asyraf, V, hlm. 28]. Sedangkan al-Hakam adalah orang yang telah diusir dan dilaknati oleh Rasulullah (S.a.w). [al-Ya'qubi, Tarikh, II, hlm. 145] Justeru itu mereka bukanlah Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), malah mereka adalah Ahlu s-Sunnah Uthman atau Ahlu s- Sunnah ciptaan mereka sendiri.

20. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka tidak memberikan wang Baitulmal melainkan kepada yang berhak sahaja, tetapi Khalifah Uthman telah memberikan wang Baitulmal kepada Sa'id bin al-As bin Umaiyyah sebanyak 100,000 Dirham. Lantaran itu, Ali, al- Zubair, Talhah, dan Abdur Rahman bin Auf menentangnya.[al- Baladhuri, Ansab al-Asyraf, V, hlm. 28] Justeru itu mereka bukanlah Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), malah mereka adalah Ahlu s-Sunnah Uthman atau Ahlu s-Sunnah ciptaan mereka sendiri.

21. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka tidak mengambil hukum Allah daripada orang yang tidak sepatutnya sedangkan dia seorang khalifah, sepatutnya dia lebih mengetahui sunnah Nabi (S.a.w) daripada orang lain, tetapi Khalifah Uthman telah mengambil hukum Allah daripada Ubayy bin Ka'ab. Dia bertanya Ubayy tentang seorang lelaki mencerai isterinya kemudian merujukkan isterinya di dalam haidh ketiga. Ubayy berkata: "Aku berpendapat dia lebih berhak ke atas isterinya selama isterinya belum "mandi" daripada haidh ketiga." Lalu khalifah Uthman mengambil pendapatnya.[al- Baihaqi, al-Sunan al-Kubra, VII, hlm. 417] Riwayat ini menunjukkan bahawa khalifah Uthman tidak mengetahui hukum tersebut sehingga dia belajar daripada Ubayy dan mengambil fatwanya. Dan tidak syak lagi bahawa orang yang mengajarnya adalah lebih baik daripadanya. Justeru itu, mereka bukanlah Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), malah mereka adalah Ahlu s-Sunnah Uthman atau Ahlu s-Sunnah ciptaan mereka sendiri.

22. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka tidak menghalalkan pengumpulan dua hamba perempuan yang bersaudara untuk disetubuhi oleh pemiliknya secara berasingan, tetapi Khalifah Uthman menghalalkan pengumpulan dua hamba perempuan yang bersaudara untuk disetubuhi oleh pemiliknya secara berasingan dengan firman Tuhan Surah al-Nisa' (4): 23, "Diharamkan atas kamu (mengahwini) ibu-ibumu, anak-anakmu yang perempuan....dan menghimpunkan dua perempuan yang bersaudara."Ali (a.s) mengatakan pengumpulan dua perempuan yang bersaudara sama ada di dalam perkahwinan atau perhambaan adalah haram.

Kerana di dalam Surah al-Mukminun (23): 6, "Kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau hambahamba (perempuan) yang mereka miliki" tidak boleh dijadikan alasan untuk menghalalkan "pengumpulan dua hamba perempuan yang bersaudara" untuk disetubuhi kerana pengharaman mereka berdua di dalam perkahwinan dan perhambaan adalah sama. Oleh itu semua imam-imam mazhab empat mengharamkannya. [Fakhruddin al-Razi, Mafatih al-Ghaib, III, hlm. 193; al-Zamakhsyari, al-Kasysyaf, I, hlm. 359; Ahmad bin Hanbal, al-Musnad, III, hlm. 72; al-Baidhawi, Anwar al- Tanzil, I, hlm. 269; Muslim, Sahih, I, hlm. 416] Justeru itu, mereka bukanlah Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), malah mereka adalah Ahlu s- Sunnah Uthman atau Ahlu s-Sunnah ciptaan mereka sendiri.

23. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka tidak membahagikan sepertiga bahagian pusaka kepada ibu simati dengan adanya dua saudara lelakinya (simati), tetapi Khalifah Uthman membahagikan sepertiga bahagian pusaka kepada ibu simati dengan adanya dua saudara lelakinya (si mati) kerana dia memahami dua saudara lelaki (akhwan) bukanlah saudara-saudara (ikhwah).

Tindakannya adalah bertentangan dengan firman-Nya di dalam Surah al-Nisa'(4): 11: "Jika yang meninggal itu mempunyai beberapa saudara (ikhwah), maka ibunya mendapat seperenam." Apabila khalifah Uthman ditanya: Tidakkah (akhawan) dua saudara termasuk ikhwah (saudarasaudara)? "Dia menjawab:"Apakah aku mampu menentang perkara yang telah berlaku? "Ini bermaksud dia tidak mampu mengubahnya kerana dua orang khalifah sebelumnya telah menetapkan hukuman itu walaupun ianya bertentangan dengan al-Qur'an.[al-Hakim, al-Mustadrak, IV, hlm. 335; al-Sunan al-Kubra, VI, hlm. 227; al-Durr al-Manthur, II, hlm. 126; Ibn Kathir, Tafsir, I, hlm. 459] . Justeru itu mereka bukanlah Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), malah mereka adalah Ahlu s-Sunnah Uthman atau Ahlu s-Sunnah ciptaan mereka sendiri.

24. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka tidak memberikan harta Baitulmal kepada orang yang tidak berhak,tetapi Khalifah Uthman telah memberikan kepada Abdullah bin Khalid bin Usyad bin Abi l-As sebanyak 300,000 Dirham dan setiap orang dari kaumnya sebanyak 1,000 Dirham daripada harta Baitulmal kaum Muslimin. [Ibn Abd Rabbih, Iqd al-Fariq, II, hlm. 261; Ibn Qutaibah, Kitab al-Ma'arif, hlm. 84; Ibn Abi l-Hadid, Syarh Nahj al-Balaghah, I, hlm. 66]

Dia memberikan kepada Abdullah 400,000 Dirham. Persoalan yang timbul: Kenapakah khalifah Uthman tidak memberikan wang Baitulmal kepada orang-orang seperti Abdullah bin Mas'ud, Abu Dhar, Ammar dan lain-lain? Justeru itu, mereka bukanlah Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), malah mereka adalah Ahlu s-Sunnah Uthman atau Ahlu s-Sunnah ciptaan mereka sendiri.

25. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka mengetahui Sunnah Nabi (S.a.w), apatah lagi jika dia seorang pemimpin. Tetapi Khalifah Uthman tidak mengetahui Sunnah Nabi (S.a.w), lalu dia mengambil Sunnah daripada seorang wanita. Seorang wanita datang berjumpa Rasulullah (S.a.w) tentang iddahnya kerana suaminya telah mati dibunuh di dalam misi khas. Dia bertanya Rasulullah (S.a.w) sama ada dia kembali kepada keluarganya Bani Khudrah walaupun suaminya tidak meninggalkan rumah untuknya? Dia berkata: "Rasulullah (S.a.w) bersabda:Ya, aku pun kembali dan apabila aku sampai di masjid beliau memanggilku lantas aku menyahuti panggilannya. Dia bertanya:

"Bagaimana anda berkata? Akupun menerangkan kisah suamiku kepadanya. Maka beliaupun bersabda: "Tinggallah di rumah anda sehingga tamat "iddah." Dia berkata: "Akupun menangguhkan iddahku selama empat bulan sepuluh hari. Khalifah Uthman datang kepadaku dan bertanya mengenainya. Lalu dia mengambilnya dan melaksanakan hukuman tersebut ke atas orang ramai.[Syafi'i, al-Umm, V, hlm. 208; al- Baihaqi, al-Sunan, VII, hlm. 434; Ibn Hajr, al-Isabah, IV, hlm. 346; Malik, al-Muwatta', II, hlm. 86] Justeru itu mereka bukanlah Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), malah mereka adalah Ahlu s-Sunnah Uthman atau Ahlu s- Sunnah ciptaan mereka sendiri.

26. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka tidak mengatakan bahawa perempuan yang bercerai secara khal' iddahnya ialah satu haidh, tetapi Khalifah Uthman mengatakan bahawa perempuan yang bercerai secara khal' iddahnya ialah satu haidh itupun kerana khuatir ianya hamil. [Ibn Majah, al-Sunan, I, hlm. 634; Ibn Kathir, Tafsir, I, hlm. 276; Muttaqi al-Hindi, Kanz al-Ummal, III, hlm. 223] Tindakan khalifah Uthman itu adalah bertentangan dengan Surah al-Baqarah (2): 228,"Wanita-wanita yang ditalak hendaklah menahan diri (menunggu) tiga kali quru'. Kerana bercerai secara khal' termasuk di dalam al-Muttalaqat(wanita-wanita yang ditalak). Justeru itu mereka bukanlah Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), malah mereka adalah Ahlu s- Sunnah Uthman atau Ahlu s-Sunnah ciptaan mereka sendiri.

27. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka tidak memerintahkan azan (pertama) dilakukan sebelum azan (kedua) khutbah. Tetapi Khalifah Uthman adalah orang yang pertama memerintahkan azan (pertama) dilakukan sebelum azan (kedua) khutbah. Ianya adalah bertentangan dengan Sunnah Rasulullah (S.a.w). [al-Suyuti, Tarikh al-Khulafa', hlm. 136] Justeru itu mereka bukanlah Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), malah mereka adalah Ahlu s-Sunnah Uthman atau Ahlu s-Sunnah ciptaan mereka sendiri.

KESIMPULAN

Khalifah Abu Bakr, Umar dan Uthman telah memeperlihatkan penentangan mereka terhadap (sebahagian) sunnah Nabi (s.a.w) sementara pengikut-pengikut mereka pula mentaati sunnah-sunnah mereka bertiga yang bertentangan dengan sunnah Nabi (S.a.w) berdasarkan catatan para ulama Ahlus Sunnah wa l-Jama‘ah. Justeru itu, mereka bukanlah Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w) di dalam pengertian yang sebenar, malah mereka adalah Ahli Anti Sunnah Nabi (S.a.w) secara sedar ataupun tidak.

Lantaran itu tidak hairanlah, jika Amir al-Mukminin Ali a.s berjuang dengan keras untuk mengembalikan sunnah nabi (s.a.w) ke tempat asalnya, tetapi beliau ditentang oleh Ahlu s-Sunnah wa l- Jama‘ah. Beliau as berkata:

"Khalifah-khalifah sebelumku telah melakukan perbuatanperbuatan yang menyalahi Rasulullah (S.a.w) dengan sengaja. Mereka melanggar janji mereka dengan beliau dengan mengubah sunnahsunnah beliau. Sekarang jika aku memaksa mereka supaya meninggalkannya dan mengembalikan keadaan sebagaimana di zaman Rasulullah (S.a.w), nescaya tenteraku akan bertaburan lari dariku, meninggalkanku bersendirian atau hanya sedikit sahaja di kalangan Syi'ahku yang mengetahui kelebihanku, dan imamahku melalui Kitab Allah dan Sunnah Rasulullah (S.a.w) akan tinggal bersamaku.

Apa pendapat kalian, sekiranya aku menempatkan Maqam Ibrahim pada tempat yang telah ditempatkan oleh Rasulullah (S.a.w), mengembalikan Fadak kepada pewaris-pewaris Fatimah (a.s), mengembalikan timbangan dan ukuran seperti yang lazim di zaman Rasulullah (S.a.w), mengembalikan tanah kepada orang yang telah diberikan oleh Rasulullah (S.a.w), mengembalikan rumah Ja'far kepada pewarispewarisnya dan memisahkannya dari masjid (kerana mereka telah merampasnya dan memasukkannya ke dalam masjid); mengembalikan hukum-hukum yang kejam yang dipaksa oleh khalifah-khalifah yang terdahulu ke atas wanita-wanita yang secara tidak sah telah dipisahkan dari suami mereka, mengembalikan jizyah kepada Bani Taghlab, mengembalikantanah Khaibar yang telah dibahagikan-bahagikan, memansuhkan dewan-dewan pemberian dengan meneruskan pemberiankepada semua orang sebagaimana dilakukan pada masa Rasulullah (S.a.w) tanpa menjadikannya tertumpu di kalanganorangorang kaya, memulihkan pajak bumi, menyamakan kaum Muslimin di dalam masalah nikah kahwin, melaksanakan khums sebagaimana difardhukan Allah (swt).

Memulihkan Masjid Nabi seperti bentuknya yang asal pada zaman Nabi (S.a.w), menutup pintu-pintu yang dibuka (selepas kewafatan Rasul) dan membuka pintu-pintu yang ditutup (selepas kewafatan Rasul), mengharamkan penyapuan di atas al-Khuffain, mengenakan hukum had ke atas peminum nabidh, memerintahkan halal mut'ah wanita dan mut'ah haji sebagaimana pada zaman Nabi (S.a.w), memerintahkan takbir lima kali dalam solat jenazah, mewajibkan kaum Muslimin membaca Bismillahi r-Rahmani r-Rahim dengan suara yang nyaring pada masa solat, mengeluarkan orang yang dimasukkan bersama Rasulullah (S.a.w) di dalam masjidnya, di mana Rasulullah (S.a.w) telah mengeluarkannya, memasukkan orang yang dikeluarkan selepas Rasulullah (S.a.w) (beliau sendiri) di mana Rasulullah (S.a.w) telah memasukkannya, memaksa kaum Muslimin dengan hukum al- Qur'an dan talak menuruti Sunnah, mengambil zakat menurut jenisjenisnya yang sembilan, mengembalikan wuduk basuh dan solat kepada waktunya, syariatnya dan tempatnya, mengembalikan ahli Najran ke tempat-tempat mereka, mengembalikan layanan terhadap tawanan perang Farsi dan bangsa-bangsa lain kepada kitab Allah dan Sunnah Nabi-Nya.

Sekiranya aku melaksanakan semua ini, nescaya mereka mengembara meninggalkanku. Demi Allah ketika aku perintahkan orang-orang supaya tidak melakukan solat jama'ah di masjid pada bulan Ramadhan kecuali solat-solat fardhu dan memberitahukan kepada mereka bahawa solat sunat berjama'ah (Tarawih) adalah bid'ah, sekelompok tenteraku yang pernah berperang di pihakku mulai berteriak: "Wahai kaum Muslimin! Ali ingin mengubah sunnah Umar dan bermaksud menghentikan kita dari melakukan solat-solat sunat Tarawih pada bulan Ramadhan sehingga aku khuatir mereka akan memberontak. Pada masa yang sama aku sedang menghadapi perpecahan di kalangan umat dan ketaatan mereka kepada pemimpinpemimpin mereka yang sesat (a’immah dhalalah wa al-Du‘ati ila al-Nar) yang hanya menyeru mereka ke neraka. "[al-Kulaini, al-Raudhah al -Kafi, (vii), hadis 21, hlm. 51-52]

Khalifah Ali (a.s) begitu berdukacita di atas sikap negatif kaum Muslimin terhadap seruannya untuk kembali kepada Sunnah Nabi (S.a.w). Malah mereka pula memarahi beliau. Khalifah Ali (a.s) berkata lagi, "Aneh! Hati ummat ini telah dimabukkan oleh cinta kepada Abu Bakr dan Umar dan menerima segala bid'ah mereka. Kemudian beliau berkata lagi, Aneh! Mereka melihat Sunnah Nabi mereka bertukar-tukar dan berubah-ubah sedikit demi sedikit, bab demi bab.

Kemudian mereka meredhainya tanpa mengingkarinya. Malah mereka memarahi (orang lain) bagi mempertahankannya, mencaci pengkritik-pengkritiknya dan penentang-penentangnya. Kemudian datang kaum selepas kita, lalu mengikuti pula bid'ah-bid'ah tersebut. Lantas mereka mengambil bid'ahbid'ah tersebut sebagai Sunnah dan agama bagi mendekatkan diri kepada Allah (swt)."[Sulaim, Kitab Sulaim, hlm. 134-135 dan selepasnya] Oleh itu Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w) Adalah para Imam Dua Belas daripada Ahlu l-Bait Nabi (S.a.w) dan pengikut-pengikut mereka yang memepertahankan sunnah Nabi (S.a.w) di sepanjang zaman meskipun mereka menghadapi berbagai-bagai tekanan dan rintangan daripada Ahlu s-Sunnah wa l-Jama‘ah Abu Bakr, Umar dan Uthman yang menjadi penguasa di sepanjang masa.

LAMPIRAN

Surat Ibn Di’bin Tentang Tujuh Puluh Kelebihan Amir al-Mukminin A.S Oleh Syeikh Mufid (m.413 H) Di Dalam Al-Ikhtisas. Bismillahi r-Rahmani r-Rahim. Abdullah-Rahimahu l-Lah- telah memberitahu kami, berkata: Ahmad bin Ali bin al-Hasan bin Syazan telah memberitahu kami, berkata: Abu al-Husain Muhammad bin Ali bin al-Fadhl bin ‘Amir al-Kufi telah meriwayatkan kepada kami, berkata: Abu Abdullah al-Husain bin al-Farazdaq al-Fazari al-Bazzaz telah memberitahu kami, berkata: Abu Isa Muhammad bin Ali bin ‘Umaraih al-Tahan iaitu al-Qarraq telah memberitahu kami, berkata: Abu Muhammad al-Hasan bin Musa telah memberitahu kami, berkata: Ali bin Asbat telah memberitahu kami daripada beberapa orang sahabat Ibn Di’bin1 berkata: Aku telah berjumpa dengan orang ramai sedang bercakap-cakap tentang sifat-sifat keistimewaan Arab.

Mereka berkata: Jika Allah mengutus kepada kita seorang nabi, nescaya sebahagian para sahabatnya mempunyai tujuh puluh sifat terpuji, dunia dan akhirat, maka mereka telah memikir dan mencari-cari adakah akan terkumpul sepuluh sifat yang terpuji pada seorang lelaki, apatah lagi tujuh puluh sifat. Mereka tidak dapat mencari sifat-sifat yang terkumpul untuk dunia dan akhirat. Mereka hanya dapat mencari sepuluh sifat yang terkumpul untuk dunia sahaja, dan bukan untuk akhirat, mereka telah mendapati Zuhair bin Hubab al-Kalbi, mereka telah mendapatinya sebagai penyair, doktor di dalam perubatan, pahlawan, ahli nujum, seorang yang dihormati (syarif), perkasa, tukang tilik, orang yang arif tentang nasab, tukang tenung nasib dengan menggunakan burung, dan penghalang (zajir). Mereka telah menyebut bahawa beliau telah hidup selama tiga ratus tahun.

Ibn Di’bin berkata: Kemudian mereka telah memikir dan mencaricari di kalangan orang Arab yang mengetahui ilmu pemikiran (ahli al- Nazar), maka sifat-sifat tersebut tidak juga terkumpul pada seorang untuk agama dan dunia melainkan pada Ali bin Abu Talib a.s sama ada mereka suka ataupun tidak, lantaran itu, mereka telah mendengkinya sehingga merosakkan hati dan amalan mereka, beliau adalah orang yang lebih berhak dan lebih aula daripada mereka, kerana Allah a.w telah memusnahkan rumah-rumah musyrikin dengannya, menolong Rasul s.a.w dengannya, agama telah menjadi kuat dengan pembunuhan musyrikin olehnya di dalam peperangan Nabi s.a.w.

Ibn Di’bin berkata: Kami telah bertanya kepada mereka: Apakah sifat-sifat tersebut (al-Khisal )? Mereka menjawab: keakraban kepada Rasulullah s.a.w dan menemaninya (al-Mu’asat li-al-Rasul), mengorbankan dirinya kerananya, menjaga kehormatannya (al-Hafizah), menolak kesusahan daripadanya, membenarkan Rasul s.a.w dengan janji, zuhud dan meninggalkan angan-angan, pemalu, murah hati, kefasihan bercakap, kepimpinan, lemah lembut, keilmuan, keputusan yang tepat, keberanian, meninggalkan kegembiraan ketika menang, tidak melahirkan kesukaan, meninggalkan penipuan, dan kelicikan, idak mengudungkan anggota badan musuh (al-Muthlah) sedangkan beliau mampu melakukannya. Kecintaan yang ikhlas kepada Allah s.w.t, memberi makan kepada orang miskin kerana mencintai-Nya, memandang rendah kemenangan yang dicapai di dunia,tidak melebihkan dirinya dan anak-anaknya di atas seorang pun rakyatnya.

Makanannya adalah yang paling rendah yang dimakan oleh rakyatnya, pakaiannya adalah yang paling murah yang dipakai oleh seorang Islam, pembahagiannya adalah saksama, keadilannya pada semua rakyat, maju di dalam peperangannya, orang ramai pernah menghinanya, tetapi beliau menganggapnya sebagai ujian bagi mentaati Allah,mempunyai kekuatan menghafaz di mana orang Arab menamakannya sebagai akal sehingga dinamakan dengan telinga yang jaga (uzunun wa‘iyah), bersifat pemaaf, menyebarkan hikmat, mengeluarkan kalimat, menyampaikan nasihat, keperluan orang ramai apabila beliau berada di hadapan mereka.

Percakapannya diambil, menjelaskan kesamaran kepada orang ramai, mempertahankan mereka yang dizalimi, menolong mereka di dalam kecemasan, mempunyai maruah, menjaga kehormatan perut dan kemaluan, menjaga hartanya dengan baik supaya beliau tidak mengguna harta orang lain, tidak menunjukkan kelemahan dan penyerahan kepada musuh (al-Wahn wa al-Istikanah), tidak mengadu kesakitan kerana lukaluka yang dialaminya, menyembunyikan kelukaannya dari kepala hingga ke kakinya hampir seribu luka pada jalan Allah, menyuruh melakukan kebaikan.

Melarang melakukan keburukan, melaksanakan hukuman sekalipun ke atas dirinya sendiri, tidak menyembunyikan keredaan Allah ke atas anak-anaknya, memberi pengakuan kepada orang ramai tentang kelebihannya yang diturunkan di dalam al-Qur’an, dan manaqibnya yang diceritakan oleh orang ramai mengenainya daripada Rasulullah s.a.w, tidak pernah membantah Rasulullah s.a.w walaupun satu perkataan, tidak pernah meninggalkan sebarang fardu, penyaksian orang ramai bahawa beliau melaksanakan tugasnya untuk mereka dan menahan dirinya daripada dunia mereka, tidak menerima rasuah di dalam menghukum mereka, mempunyai hati yang cerdik, cekal menghadapi hukuman Khawarij ke atasnya, tinggal seorang diri di atas mimbar masjid sedangkan orang ramai telah melarikan diri.

Orang ramai bercakap-cakap bahawa burung telah menangis ke atasnya, riwayat Ibn Syihab al- zuhuri mengatakan bahawa batu Bait al- Maqdis telah bertukar tempat ketika pembunuhannya dan mendapati darah di bawahnya, perkara ini adalah besar sehingga paderi-paderi bercakap-cakap mengenainya, penyeruannya kepada orang ramai supaya bertanya kepadanya tentang fitnah yang menyesatkan seratus orang dan memberi hidayat kepada seratus orang, riwayat orang ramai tentang keajaibannya menceritakan tentang Khawarij dan pembunuhan mereka, tidak melahirkan kemampuannya yang luar biasa, malah melahirkan tangisan, menunjukkan kelemahan diri kepada Allah s.w.t sehingga Rasulullah s.a.w bersabda: Apakah tangisan ini wahai Ali? Beliau menjawab: Aku menangis kerana keredaan Rasulullah terhadap aku.

Maka Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya Allah, para malaikat-Nya dan Rasul-Nya telah meredai anda, beliau tidak merasai kesejukan pada hari sejuk, tidak merasai kepanasan pada hari panas, tidak merasai panas dan sejuk, menghunus pedang pada jalan Allah, memberi penerangan kepada orang ramai tentang hukum makhluk-Nya, mempunyai bonggol seperti lembu jantan jauh dari dua bahunya, mempunyai dua lengannya yang kuat di mana tidak seorang pun dapat menguasainya, melainkan beliau menahannya atau membunuhnya.

Ibn Di’bin berkata: Kami berkata: Apakah pengertian al-Mu’asat lial- Rasul (keakraban kepada Rasulullah s.a.w dan menemaninya)? Mereka berkata: Rasulullah s.a.w bersabda kepadanya: Sesungguhnya Quraisy telah bersepakat untuk membunuh aku, maka anda tidurlah di atas hamparan aku, Ali a.s berkata: dengan nama bapa aku, anda dan ibu aku, aku mendengar dan mentaati Allah dan Rasul-Nya, lalu beliau telah tidur di atas hamparan Rasulullah s.a.w. Rasulullah s.a.w telah meninggalkan tempatnya dengan perlahan-lahan, Ali a.s telah tidur di atas hamparannya dan Quraisy mengawalnya.

Kemudian mereka mengambilnya, dan berkata: Andalah yang telah menipu kami sejak awal malam; mereka memotong sebatang kayu, lalu memukulnya hampir mereka membinasakannya, kemudian beliau telah melepaskan dirinya daripada tangan mereka, dan Rasulullah s.a.w telah mengutus kepadanya ketika berada di dalam gua supaya beliau menghantarkan kepadanya tiga ekor unta: “Seekor untuk aku, seekor untuk Abu Bakr, dan seekor untuk pemandu jalan. Anda bawalah anakanak perempuan aku sehingga anda datang kepada aku”. Maka Ali a.s telah melaksanakan apa yang diperintahkannya.

Beliau berkata: Apakah maksud menjaga kehormatan(al-Hafizah )? Mereka berkata: Beliau a.s berjalan kaki, dan membawa anak-anak perempuan Rasulullah s.a.w di atas belakangnya. Beliau telah menyembunyikan dirinya pada siang hari dan berjalan kaki dengan mereka sehingga sampai ke tempat Rasulullah s.a.w di mana dua kakinya berdarah beberapa ketika, Rasulullah s.a.w bersabda kepadanya: Adakah anda mengetahui apakah yang telah diturunkan kepada anda? Maka beliau s.a.w telah memberitahunya apa yang tidak boleh ditukar ganti sekiranya beliau kekal di dunia, tetapi dunia tidaklah kekal.

Beliau bersabda: Telah turun kepada anda Surah Ali Imran (3):195 “Maka Tuhan mereka memperkenankan permohonannya: Sesungguhnya aku tidak akan menghilangkan amal di antara kamu, baik lelaki (min zakarin) atau perempuan (untha) sebahagian kamu adalah keturunan sebahagian lain. Maka orang-orang yang berhijrah dari kampung halamannya dan diseksa pada jalanKu yang berperang dan dibunuh, pastilah akan Ku hapuskan kesalahan-kesalahan mereka dan pastilah aku akan memasukkan mereka syurga-syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai sebagai pahala di sisi Allah. Dan Allah pada sisi-Nya pahala yang baik” Zakarin (lelaki) di dalam ayat tersebut adalah anda sendiri, dan untha (perempuan) adalah anak-anak perempuan Rasulullah s.a.w. Beliau berkata: Apakah maksud menolak kesusahan daripadanya (daf‘ al-Dhaim)? Mereka berkata: Apabila Rasulullah s.a.w dikepong di lorong bukit,maka Abu Talib telah membelanjakan hartanya dan menghalangnya daripada beberapa kabilah Quraisy, Abu Talib telah berkata sedemikian kepada Ali yang berada bersama-sama Rasulullah s.a.w di dalam urusannya, khidmatnya, membantunya dan menjaganya.

Beliau berkata: Apakah maksud “membenarkannya dengan janjinya” (al-Tasdiq bi l-Wa‘di) Mereka berkata: Rasulullah sendiri telah berkata kepada Ali a.s sedemikian, beliau telah memberitahunya tentang pahala yang banyak bagi mereka yang berjihad dengan baik dengan hartanya, dirinya, dan niatnya. Maka beliau tidak cepat untuk mendapatkan sesuatu daripada pahala dunia sebagai ganti kepada pahala di akhirat. Beliau tidak melebihkan dirinya ke atas seseorang di sisinya. Beliau telah meninggalkan pahalanya di dunia bagi mengambil sepenuhnya di akhirat Beliau telah berjanji kepada Allah bahawa beliau tidak akan mendapati dunia melainkan kadar yang paling minimum, beliau tidak melebihkan dirinya di atas kepenatan badannya dan keringatnya melainkan beliau kemukakannya untuk Allah, maka Allah berfirman di dalam Surah al-Baqarah (2) : 110 “Dan kebaikan apa saja yang kamu lakukan, kamu akan mendapat pahalanya di sisi Allah “

Beliau berkata: Ada orang telah bertanya kepada mereka: Apakah maksud zuhud di dunia (al-Zuhdu fi al-Dunia)? Mereka berkata: Beliau a.s telah memakai kain daripada kapas, dan memotongnya apabila melebihi anak jarinya, memendekkan bahannya yang panjang, menyempitkan di bawahnya sehingga jumlahnya tiga jengkal, di bawahnya dua belas jengkal, dan panjang badannya enam jengkal.

Beliau berkata: Kami telah berkata: Apakah maksud “meninggalkan angan-angan” (tark al-Amal )?

Beliau berkata: Ada orang berkata kepadanya: Ini adalah apa yang anda telah memotongnya di belakang anak jari anda, kenapa anda tidak menutup semuanya? Beliau berkata: Perkara ini lebih cepat daripada itu, Bani Hasyim berkumpul kepadanya secara langsung bertanya kepadanya, meminta supaya beliau memberi pakaiannya kepada mereka, dan beliau telah memakai pakaian orang ramai. Lantaran itu, jawapannya kepada mereka adalah tangisan dan beliau berkata: Dengan nama bapa aku dan ibu aku, siapa pun tidak akan kenyang daripada roti gandum sehingga beliau berjumpa dengan Allah dan beliau berkata:Ini adalah pakaian sederhana di mana orang miskin akan memadai dengannya dan orang mukmin pula boleh menutup dengannya.

Beliau berkata: Apakah yang di maksudkan dengan pemalu (al- Haya’)? Mereka berkata: Beliau tidak pernah menyerang sesiapapun yang mahu membunuhnya, kemudian mendedahkan auratnya melainkan beliau a.s meninggalkannya kerana malu. Beliau berkata: Apakah al-Karam (kemuliaan) ? Mereka berkata: Sa‘d bin Abu Waqqas berkata kepada Ali a.s ketika beliau bermalam bersamanya di al-‘Azzab pada permulaan hijrah: Apakah yang telah menghalang anda untuk meminang anak perempuan Rasulullah s.a.w? Beliau a.s berkata: Aku berani untuk meminang anak perempuan Rasulullah s.a.w? Demi Allah, jika Rasulullah s.a.w mempunyai hamba perempuan pun aku tidak berani. Sa‘d telah menceritakan kata-kata Ali kepada Rasulullah s.a.w, maka Rasulullah s.a.w berkata kepadanya:

Katakan kepadanya beliau akan melakukannya, sesungguhnya aku akan melakukannya. Apabila Sa‘d memberitahunya, beliau menangis. Kemudian beliau berkata: Aku bergembira kerana Allah telah mengumpulkan menantunya bersama kerabatnya. Justeru itu, al-karam adalah orang yang merendahkan dirinya dan meninggalkan kemuliaan ke atas orang lain, kemuliaan Abu Talib telah diketahui umum, Ali a.s adalah sepupu Rasulullah s.a.w di sebelah bapanya dan sebelah ibunya. Bapanya adalah Abu Talib bin Abd al- Muttalib bin Hasyim dan ibunya adalah Fatimah binti Asad bin Hasyim yang didoakan oleh Rasulullah s.a.w pada liang kuburnya. Beliau s.a.w telah mengapankannya dengan bajunya, dan membalutnya dengan kainnya, dan memohon kepada Tuhan supaya tidak luntur kapannya, dan tidak mendedahkan auratnya, malaikat kubur tidak menguasainya, memujinya ketika kematiannya, menyebut kebaikannya dan pendidikannya untuknya iaitu di sisi bapa saudaranya Abu Talib dan bersabda: Seorang pun tidak boleh memberi manfaat kepada aku selain daripadanya.

Kemudian tentang kefasihan bercakap (al-Balaghah). Orang ramai datang kepadanya ketika beliau turun daripada mimbar dan berkata: Kami tidak pernah mendengar seorang pun wahai Amir al-Mukminin, yang lebih fasih daripada anda, maka beliau tersenyum dan berkata: Apa yang menghalang aku? Aku adalah kelahiran Makkah, dan beliau tidak menambahkan mereka selain dua perkataan tersebut.

Kemudian tentang khutbahnya, tidak terdapat daripada orangorang terdahulu dan orang-orang terkemudian yang pernah mendengar khutbah dan percakapannya seumpamanya. Sebahagian ahli dewan menyangka bahawa jika tidak ada percakapan Ali bin Abu Talib a.s dan khutbahnya, serta balaghahnya, nescaya seorang pun tidak dapat menulis surat kepada panglima tentera atau kepada rakyat dengan baik.

Kemudian tentang kepimpinan (al-Ri’asah ), maka semua mereka yang telah memerangi dan menentangnya adalah di atas kejahilan dan kesesatan, mereka berkata: Kami menuntut darah Uthman, dan tidak ada pada diri mereka - tidak mampu- untuk menuntut kepimpinannya bersamanya, beliau a.s berkata: Aku menyeru kamu kepada Allah, kepada Rasul-Nya supaya melaksanakan ikrar kamu dengan Allah dan Rasul-Nya yang mewajibkan ketaatan, dan menyahuti Rasulullah s.a.w kepada ikrar dengan kitab dan Sunnah.

Kemudian tentang lemah lembut (al-Hilmu), Safiyyah binti Abdullah bin Khalaf al-Khaza‘i berkata kepadanya: Semoga Allah menjadikan perempuan-perempuan anda yatim kerana anda sebagaimana anda telah menjadikan perempuan-perempuan kami yatim, semoga Allah menjadikan anak-anak lelaki anda yatim kerana anda sebagaimana anda telah menjadikan anak-anak lelaki kami yatim daripada bapa-bapa mereka, maka orang ramai datang kepadanya dengan cepat, Ali a.s berkata: Tahankan diri kamu daripada perempuan itu, lalu mereka menahan diri mereka daripadanya, lantas perempuan itu berkata kepada keluarganya:

Celakalah kamu yang telah berkata sedemikian; mereka telah mendengar percakapan Ali a.s dengan kagum kerana lemah lembutnya (hilmu-hu) terhadapnya. Kemudian tentang ilmu (al-‘Ilm), berapa banyak perkataan yang telah dikatakan ‘Umar kepadanya: Jika tidak ada Ali, nescaya binasalah ‘Umar (Laula ‘Ali la-halaka ‘Umar). Kemudian tentang mesyuarat (al-Musywarah) pada setiap perkara yang telah berlaku di antara mereka sehingga beliau menunjukkan kepada mereka jalan keluar.

Kemudian tentang penghakiman (al-Qadha’) di mana beliau tidak pernah berkata kepada seorang pun yang datang kepadanya: Datanglah besok, atau menolaknya. Sesungguhnya beliau telah menyelesaikan penghakiman pada tempat itu juga. Kemudian apabila lelaki itu datang kembali, maka beliaulah yang memulakannya.

Kemudian tentang keberanian (al-Syaja‘ah) di mana tidak terdapat orang-orang terdahulu atau orang-orang yang terkemudian yang mempunyai keberanian sepertinya; beliau tidak pernah berpaling belakang kepada musuhnya, membunuh sesiapa yang bertarung (yabruzu ilai-hi) dengannya, tidak pernah menjadi pengecut kepada sesiapa yang mencabarnya (da‘a-hu ila mubarazati-hi). Beliau tidak memukul atau menikam seseorang secara panjang, malah beliau mengeratnya (qudda-hu), beliau tidak memukul atau menikam seseorang secara melintang melainkan beliau memotongnya kepada dua bahagian (qata‘a-hu bi-nisfaini). Mereka telah menyebut bahawa Rasulullah s.a.w telah membawanya di atas kuda, maka beliau berkata: Demi bapa aku, anda, dan ibu aku, apakah perlu aku kepada kuda, aku tidak mengikut sesiapapun, aku tidak lari daripada seseorang pun (wa-la afirru)Dan apabila aku menghunus pedang aku, aku tidak akan meletakkannya melainkan (wa idha artadai-tu saifi lam adha‘-hu illa li l-Ladhi artadi lahu) kepada orang yang aku hunus untuknya.

Kemudian beliau telah meninggalkan kegembiraan (tark al-Farah) dan meninggalkan kesukaannya (tark al-Marah) ketika sampai berita gembira kepada Rasulullah s.a.w tentang pembunuhan mereka yang terbunuh di Uhud daripada tentera musuh, tetapi beliau a.s tidak bergembira dan bermegah dengannya, tetapi Abu Dujanah telah bermegah dan berjalan di antara dua saf dalam keadaan bermegah diri, maka Rasulullah s.a.w bersabda kepadanya: Sesungguhnya perjalanan anda sedemikian dimurkai Allah melainkan pada tempat ini ”

Kemudian apabila beliau melakukan di Khaibar apa yang telah dilakukannya, dan larilah mereka yang telah lari, Rasulullah s.a w bersabda: Aku akan memberi bendera kepada seorang lelaki yang mencintai Allah dan Rasul-Nya (la a‘tiyanna al-Rayata rajulan yuhibbu l- Laha wa rasula-hu). Sementara Allah dan Rasul-Nya mencintainya pula, dan bukan lari (wa yuhibbu-hu l-Lahu wa rassulu-hu laisa bi-farrar) di dalam peperangan.

Sabdanya bahawa ‘beliau tidak lari” adalah sebagai satu sindiran kepada mereka yang telah lari di dalam peperangan sebelumnya, beliau telah membukanya dan membunuh musuhnya, membawa pintu kota Khaibar seorang diri, ianya tidak mampu dibawa oleh empat puluh orang lelaki, berita itu sampai kepada Rasulullah s.a.w, maka beliau telah bangun di dalam keadaan gembira. Apabila sampai berita kepada Ali a.s bahawa Rasulullah s.a.w datang kepadanya, beliau a.s pergi kepadanya.

Rasulullah s.a.w berkata kepadanya: Telah sampai kepada aku ujian anda, maka aku meredai anda. Lantas Ali a.s menangis pada masa itu juga.
Rasulullah s.a.w bersabda kepadanya: Tahankan diri anda, apakah yang membuatkan anda menangis? Beliau berkata: Kenapa aku tidak menangis sedangkan Rasulullah s.a.w meredai aku? Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya Allah, para malaikat-Nya, dan Rasul-Nya meredai anda, dan bersabda lagi: Jika aku tidak takut sebahagian umat aku akan berkata sebagaimana telah berkata orang-orang Kristian tentang Isa bin Maryam, nescaya aku akan berkata kepada anda pada hari ini perkataan di mana orang-orang Islam sama ada sedikit ataupun ramai, akan mengambil tanah di bawah dua tapak kaki anda kerana mendapatkan berkat.

Kemudian beliau telah meninggalkan penipuan, tipu helah, dan kelicikan, orang ramai telah berkumpul, lalu mereka berkata kepadanya: Tuliskan, wahai Amir al-Mukminin, kepada orang yang menyalahi anda tentang wilayahnya, kemudian pecatlah dia. Lantas beliau berkata: Penipuan, tipu helah, dan kelicikan adalah di neraka. Kemudian beliau telah meninggalkan perbuatan mengudungkan anggota badan musuh (al-Muthlah). Beliau telah berkata kepada anak lelakinya al-Hasan a.s: Wahai anak lelakiku, bunuhlah pembunuh aku, dan jauhilah dari mengudungkan anggota badan aku, kerana Rasulullah s.a.w membencinya sekalipun terhadap anjing yang ganas.

Kemudian cinta mendekatkan diri kepada Allah dengan bersedekah, Rasulullah s.a.w bersabda kepada Ali a.s: Apakah anda telah lakukan pada malam anda? Beliau berkata: Kenapa wahai Rasulullah s.a.w? Beliau bersabda: Telah diturunkan kepada anda empat ayat, beliau a.s berkata: Dengan nama bapa aku, anda dan ibu aku, bahawa bersama aku empat dirham, aku telah bersedekah satu dirham pada waktu malam, satu dirham pada siang hari, satu dirham secara rahsia dan satu dirham secara terang-terangan, beliau s.a.w bersabda:

Sesungguhnya Allah telah menurunkan kepada anda Surah al-Baqarah (2):274 “Orang-orang yang menafkahkan hartanya pada waktu malam dan siang hari secara tersembunyi dan terang-terangan, maka mereka mendapat pahala di sisi Tuhan mereka.Tidak ada ketakutan kepada mereka dan mereka tidak (pula) bersedih”

Kemudian beliau s.a.w bersabda kepadanya: Adakah anda telah melakukan sesuatu selain daripada ini? Sesungguhnya Allah telah menurunkan ke atas anda tujuh belas ayat; Surah al-Insan (76) :5-22 “ Sesungguhnya orang-orang yang membuat kebaikan minum dari gelas yang campurannya adalah air kafur” sehingga firman-Nya “ Sesungguhnya ini adalah balasan untukmu,dan usahamu adalah disyukuri ” Dan firman-Nya “Dan mereka memberi makanan yang disukainya kepada orang miskin anak yatim, dan orang yang ditawan” Al-‘Alim berkata: Walaupun Ali tidak menyebut “kerana Allah” di dalam ayat di atas, tetapi di dalam ayat berikutnya perkataan “ kerana Allah” di sebut. “Sesungguhnya kami memberi makanan kepadamu hanyalah untuk mengharap Allah, kami tidak menghendaki balasan daripada kamu dan tidak (pula) terima kasih” kerana Allah telah mengetahui di hati Ali a.s bahawa beliau a.s telah memberi makanan kerana Allah, lantaran itu, Dia telah memberitahunya apa yang Dia mengetahui daripada hatinya tanpa memperkatakannya.

Kemudian tentang hinanya habuan dunia yang didapatinya, beliau telah mengumpul harta kemudian memasukinya dan berkata: Inilah jenayahku dan pilihannya padanya Kerana setiap buah,tangannya ke mulut jua Beliau berkata: Aku adalah ketua mukminin, harta adalah ketua orang-orang yang zalim, kemudian beliau tidak menunjukkan kelebihan dirinya (taraka al-Tafdhil), dan anak-anaknya ke atas seorang pun ahli Islam, adik perempuannya bernama Ummu Hani’ bin Abu Talib datang kepadanya, lalu beliau a.s memberi kepadanya dua puluh dirham, kemudian Ummu Hani’ telah bertanya hamba perempuannya yang bukan Arab berkata: Berapakah Amir al-Mukminin a.s telah memberi kepada anda? Beliau berakta: Dua puluh dirham, maka Ummi Hani’ kembali ke rumah di dalam keadaan marah, maka Beliau a.s berkata kepadanya: Pulanglah anda, semoga dirahmati Allah, kami tidak dapati di dalam kitab Allah kelebihan Ismail ke atas Ishaq.

Diutus kepadanya anak-anak perempuan Kaisar, beliau berkata kepada mereka: Aku akan mengahwini kamu? Mereka berkata kepadanya: Kami tidak berhajat untuk berkahwin dengan anda, kerana tiada kufu bagi kami melainkan anak-anak lelaki anda, jika anda mengahwinkan kami dengan mereka, maka kami reda.

Beliau a.s tidak suka mengutamakan anak-anaknya daripada orang lain. Diutus kepadanya dari Basrah hadiah dari kapal karam yang tidak diketahui nilainya, anak perempuannya Umm Kalthum berkata kepadanya: Wahai Amir al-Mukminin! Bolehkah aku memakainya? Ia akan berada di leher aku? Beliau a.s berkata: Wahai Abu Rafi‘, Masukkannya ke dalam Baitulmal.

Beliau telah berdiri memberi khutbah di Madinah manakala beliau dilantik dan berkata: Wahai kaum muhajirin dan ansar! Wahai kaum Quraisy! Ketahuilah, demi Tuhan, aku tidak membezakan di kalangan kamu selama aku ada kaitan di Yathrib, adakah kamu melihat aku menegah diri aku dan anak-anak aku, tetapi memberi kepada kamu, aku akan menyamakan di antara si hitam dan si merah? ‘Aqil bin Abu Talib berdiri dan berkata:Anda akan menjadikan aku dan si hitam di bandar Sudan itu sama? Beliau a.s berkata kepadanya: Duduklah anda,semoga dirahmati Allah, adakah orang lain akan bercakap? Tidak ada kelebihan anda ke atas mereka melainkan orang pertama memeluk Islam (sabiqah) atau takwa.

Kemudian tentang pakaian (al-Libas) Ziad bin Siddad al-Harithi sahabat Rasulullah s.a.w telah meminta tolong ke atas saudaranya Ubaidillah bin Siddad dan berkata: Wahai Amir al-Muminin! Saudaraku telah pergi beribadat dan beliau enggan tinggal bersama aku di rumahku, dan memakai pakaian yang paling murah, beliau berkata: Wahai Amir al-Mukminin, aku telah menghiaskan diri aku dengan hiasan anda, dan aku telah memakai pakaian anda, Amir al-Mukminin a.s berkata: Anda janganlah berbuat demikian, kerana imam muslimin apabila mengendalikan urusan mereka, memakai pakaian yang paling murah yang pernah dipakai oleh orang-orang fakir mereka supaya orang fakir tidak memberontak dengan kefakirannya, lalu membunuhnya. Justeru itu, aku memberitahu anda bahawa anda pakailah pakaian kaum anda yang paling baik. Surah al-Dhuha (93):11“Dan terhadap nikmat Tuhanmu,maka hendaklah kamu menyebutnyebutnya” Beramal dengan nikmat adalah lebih aku sukai dari bercakap mengenainya.

Kemudian tentang pembahagian sama rata (al-Qasm), dan keadilan kepada rakyat, beliau telah melantik Ammar bin Yasir, dan Abu al- Haitham al-Taihan menjaga Baitulmal, lalu menulis: Arab, Quraisy, Ansar dan bukan Arab, malah setiap orang Islam yang terdiri daripada kabilah Arab atau bukan Arab adalah sama di dalam pembahagian, Sahal bin Hanif dan hambanya yang berkulit hitam datang kepadanya:

Berapakah anda akan memberi kepadanya? Amir al-Mukminin a.s berkata kepadanya: Berapakah anda akan mengambilnya untuk anda? Beliau berkata: Tiga dinar, orang ramai telah mengambil tiga dinar.

Beliau berkata: Mereka telah memberi kepada hambanya jumlah yang telah diambil olehnya iaitu sebanyak tiga dinar, manakala orang ramai mengetahui bahawa tidak ada kelebihan sesama mereka melainkan dengan takwa kepada Allah, maka Talhah dan al-Zubair telah mendatangi Ammar bin Yasir dan Abu al-Haitham bin al-Taihan ,lalu mereka berdua berkata: Wahai Abu Yaqzan, benarkan kami berjumpa dengan sahabat anda. Beliau berkata: Sahabat aku telah membenarkannya. Beliau a.s telah mengambil bakulnya dan peralatannya, lalu pergi bekerja di kebun kurma di Bi’r al-Malik menanam pokok kurma. Ini sebahagian keadilannya terhadap rakyat dan pembahagiannya yang sama rata.

Ibn Di’bin berkata: Kami bertanya: Apakah makanan rakyat yang paling rendah? Beliau berkata: Orang ramai bercakap-cakap bahawa makanannya adalah roti dan daging,beliau memakan gandum dan minyak zaitun. Beliau cepat menamatkan makanannya supaya tidak ditambah pada makanannya. Beliau telah mendengar kuali di rumahnya, lantas beliau bangun sambil berkata: Pada zimmah Ali bin Abu Talib kuali yang menggerodak, ada orang memberitahunya tentangnya, lalu keluarganya menjadi takut. Mereka berkata: Wahai Amir al-Mukminin! Sesungguhnya beliau adalah isteri anda telah menyembelih unta di kampungnya, lalu diambil sebahagian daripadanya untuknya. Keluarganya telah menghadiahkannya kepadanya. Beliau a.s berkata: Makanlah dengan baik.

Ada orang berkata: Amir al-Mukminin a.s tidak pernah mengadu kesakitannya melainkan ketika saat kematiannya. Beliau takut menerima hadiah daripada rakyatnya, kerana penerimaan hadiah oleh pemerintah adalah suatu pengkhianatan kepada kaum muslimin.

Ada orang berkata: Apakah ketahanan (al-Saramah)? Beliau menjawab: Beliau a.s telah pulang daripada peperangannya,maka beliau telah berkhemah di kebun kurma, orang ramai kembali ke rumah mereka, dan meminta kebenarannya, mereka berkata: Pedang-pedang kami telah menjadi tumpul, dan mata lembing kami telah hilang kesannya, lantaran itu, izinlah kami pulang, kami akan kembali lagi dengan semangat baru, tetapi beliau telah tinggal di kemnya di kebun kurma dan berkata: Sesungguhnya panglima perang berjaga malam, dahaga air pada siangnya, tidak bersama-sama perempuanperempuannya dan anak-anaknya, beliau bukanlah pulang ke rumah, dan kembali kepadanya.

Beliau bukanlah orang yang bermukim, kemudian tinggal di kemnya, apabila beliau melihat semuanya ini, beliau memasuki Kufah dan menaiki mimbar, lantas berkata: Kamu adalah singa yang garang ketika kelaparan,dan serigala yang pantas, tetapi kamu bukanlah menentang musuh dengan kekuatan kamu. Wahai mereka di mana badan –badan mereka bersatu, tetapi nafsu-nafsu mereka berbeza, tiada kekuatan dakwah mereka bagi menyeru kamu, tiada rehat bagi hati mereka yang menentang kamu bersama mana-mana imam selepas aku, di negeri manakah selepas ini kamu mengelak dari berperang? Beliau a.s pada peperangannya yang terakhir amat berdukacita, dan marah sehingga orang ramai menghinanya.

Beliau berkata: Apakah itu penghafazan (al-Hifz)? Beliau berkata: Orang Arab menamakannya al-‘Aql, apa yang telah diberitahu oleh Rasulullah s.a.w kepadanya beliau menghafaznya, beliau menyedari apa yang diturunkan kepada Nabi-Nya, tidak sesuatu yang pelik turun dari langit melainkan beliau bertanya kepadanya tentangnya sehingga turun ayat dalam Surah al-Haqah (69):12 “agar diperhatikan oleh telinga yang mahu mendengar” Beliaulah telinga yang mendengar, pada suatu hari beliau a.s datang ke pintu Rasulullah s.a.w, dan para malaikat telah memberi salam kepadanya di dalam keadaan beliau berdiri sehingga mereka selesai memberi salam kepadanya. Kemudian beliau memasuki rumah Rasulullah s.a.w dan berkata kepadanya: Wahai Rasulullah! Lebih empat ratus malaikat telah memberi salam kepada anda, beliau s.a.w bersabda: Apakah yang membuatkan anda mengetahuinya? Ali a.s berkata: Aku telah menghafaz bahasa-bahasa mereka (hafaztu lughaatahum).

Setiap Malaikat telah memberi salam kepadanya dengan bahasa yang berbeza daripada yang lain. Al-Sayyid Ismail al-Humairi berkata: Beliau terus memasukkan dua tapak tangannya mendengar Seolah-olah beliau menghitungnya dari ahli kampung kami Membawa kepadanya barang berharga Bahtera India membawa nakhoda di kalangan kami Ibn Di’bin berkata: Ahli kampung kami adalah dari negeri Syam di mana ahlinya sebaik-baik kaum.

Ibn Di’bin berkata: Aku telah mendapati orang ramai memandang rendah mana-mana percakapan yang tidak dapat menyerupai percakapannya. Mereka berkata : Ali a.s berdiri dan bercakap dari gelincir matahari sehingga jatuh matahari, mereka mendengarnya berkata: Demi Tuhan, aku tidak datang kepada kamu secara sukarela, tetapi aku telah mendatangi kamu kerana cintakan kamu…. Kemudian tentang hikmat, dan pengeluaran kalimat dengan bijaksana di mana mereka tidak pernah mendengarnya daripada orang lain seumpamanya, beliau a.s telah berkata kepada seorang lelaki: Beliau dilarang, tetapi tidak berhenti, menyuruh manusia apa yang tidak memberi faedah, menuntut lebihan apa yang ada, dan menghilangkan apa yang diberikan, beliau mencintai orang-orang yang soleh, tetapi tidak beramal dengan amalan mereka, beliau memarahi orang-orang yang jahat, tetapi beliau adalah seorang daripada mereka, menyegerakan perkara dunia yang binasa,meninggalkan perkara akhirat yang kekal, membenci kematian kerana dosa-dosanya, dan tidak meninggalkan dosa-dosanya di dalam hidupnya.

Kemudian orang lain berhajat kepadanya sedangkan beliau tidak berhajat kepada mereka, beliau sentiasa mempunyai tempat di kalangan manusia seperti kedatangan Yahudi bertanyakan kepadanya secara degil, kemudian beliau memberitahu mereka apa yang ada di Taurat tentang mereka, berapa ramai Yahudi telah memeluk Islam kerananya!.

Adapun tidak berhajatnya beliau kepada orang ramai, kerana beliau tidak pernah berada di pintu seorang daripada mereka bertanyakan kepadanya walaupun satu kalimat, dan beliau tidak mengambil faedah sekalipun satu huruf daripadanya.

Kemudian mempertahankan orang yang dizalimi dan menolong orang di dalam kesusahan, orang-orang Kufah mengatakan bahawa Sa‘id bin al-Qais al-Hamdani telah melihatnya pada suatu hari di dalam keadaan cuaca panas terik di suatu kawasan, lalu beliau berkata: Wahai Amir al-Mukminin, di saat ini anda berada di sini? Beliau a.s berkata:

Aku telah keluar kerana ingin menolong orang yang dizalimi,atau menolong orang di dalam kesusahan, tiba-tiba seorang perempuan datang kepadanya dan berkata: Wahai Amir al-Mukminin! Suami aku telah menzalimi aku dengan menyerang ke atas aku, dan bersumpah untuk memukul aku, maka pergilah kepadanya bersama-sama aku, beliau a.s menundukkan kepalanya, kemudian mengangkatnya sambil berkata: Tidak, demi Tuhan, sehingga diambil daripada orang yang dizalimi akan haknya tanpa teragak-agak lagi, di manakah rumah anda? Beliau berkata: Di tempat itu dan itu. Beliau berlepas bersamasamanya sehingga sampai di rumahnya, dan beliau berkata:Inilah rumah aku, lalu beliau a.s memberi salam, kemudian seorang pemuda keluar dengan memakai kain yang berwarna-warni, lalu beliau a.s berkata: Bertakwalah anda kepada Allah. Sesungguhnya anda telah menakut-nakutkan isteri anda, pemuda itu menjawab: Apakah kaitan anda di dalam perkara ini? Demi Tuhan, aku akan membakarnya dengan api kerana kata-kata anda, beliau a.s berkata: Aku memerintahkan anda perkara yang baik dan melarang anda perkara yang mungkar, sekarang anda menolak perkara yang baik, maka bertaubatlah anda, jika tidak, aku akan membunuh anda. Orang ramai datang untuk bertanya Amir al-Mukminin a.s tentang apa yang berlaku.

Kemudian pemuda itu menyesal di atas perbuatannya dan berkata: Wahai Amir al-Mukminin, maafkan kami, semoga Allah memaafkan anda.
Demi Tuhan, aku akan menjadikan bumi tempat anda berpijak sebagai ingatan, lantas beliau menyuruh isterinya masuk ke dalam rumah, beliau membaca “Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisikbisikan mereka, kecuali bisikan daripada orang yang menyuruh memberi sedekah atau berbuat makruf atau mengadakan perdamaian di antara manusia ” Segala puji bagi Allah yang telah membaiki aku dan isteri aku, Allah berfirman Surah al-Nisa’ (4):114 “Tidak ada kebaikan pada kebanyaakan bisik-bisikan mereka,kecuali bisikan daripada orang yang menyuruh memberi sedekah atau berbuat makruf atau mengadakan perdamaian di antara manusia.Dan barangsiapa yang berbuat demikian kerana mencari keridhaan Allah, maka kelak kami memberi kepadanya pahala yang besar”

Kemudian tentang maruah, menjaga perut, kemaluan, dan pembaikan harta. Adakah kamu telah melihat seorang yang telah memukul bukit dengan tukul, kemudian keluar darinya longgokan emas seperti tengkuk unta yang disembelih, setiap kali ia keluar, beliau berkata: Beritahu berita gembira kepada pewaris, kemudian beliau menjadikannya sebagai sedekah secara ketulan sehingga Allah mewariskan bumi ini kepada siapa di atasnya bagi memalingkan neraka dari mukanya, dan memalingkan mukanya dari neraka.

Ibn Di’bin berkata: Beliau a.s telah membawa karung yang mengandungi tiga ratus ribu biji kurma, ada orang bertanya beliau mengenainya, beliau telah menanam semua biji tersebut, dan kesemuanya telah tumbuh.

Kemudian beliau tidak menunjukkan kelemahan dan penyerahan kepada musuh (al-Wahn wa al-Istikanah). Beliau telah kembali dari peperangan Uhud dengan lapan puluh luka-luka, beliau telah memasukkan pembalut di satu tempat dan mengeluarkannya dari tempat yang lain, maka Rasulullah s.a.w telah datang melawatnya di mana beliau a.s pada masa itu sepertilah seketul daging di atas hamparan, manakala Rasulullah s.a.w melihatnya, beliau s.a.w terus menangis dan bersabda: Sesungguhnya seorang lelaki yang ditimpa begini kerana Allah, maka berhak bagi Allah melakukan sesuatu untuknya dan beliau juga melakukan sesuatu untuk Allah.

Maka Ali a.s berkata kepadanya: Dengan nama bapa aku, anda dan ibu aku, segala puji bagi Allah yang tidak melihat aku lari daripada anda dan aku tidak melarikan diri aku,dengan nama bapa aku, anda dan ibu aku kenapakah aku telah dihalang untuk menjadi syahid? Beliau bersabda: Sesungguhnya ia akan berlaku kepada anda Insya’ Allah, kemudian Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya Abu Sufyan telah menghantar perjanjian di antara kita dan kamu “singa merah”. Beliau a.s berkata: Dengan nama bapa aku, anda dan ibu aku, demi Allah, jika aku dibawa oleh beberapa orang lelaki berhadapan musuh, nescaya aku tidak akan lari daripada anda.

Kemudian turun ayat di dalam Surah Ali Imran (3):146 “ Dan berapa banyaknya nabi yang berperang bersama-sama mereka sejumlah besar pengikutnya yang bertakwa. Mereka tidak menjadi lemah kerana bencana menimpa mereka di jalan Allah, tidak lesu,dan tidak pula menyerah (kepada musuh).Allah menyukai orang-orang yang sabar ” dan turun ayat sebelumnya kepadanya a.s Surah Ali Imran (3) : 145 “Sesuatu yang bernyawa tidak akan mati melainkan dengan izin Allah, sebagai ketetapan yang telah ditentukan waktunya .Barangsiapa yang menghendaki pahala dunia, nescaya kami berikan kepadanya pahala dunia itu, dan barangsiapa yang menghendaki pahala akhirat, maka kami berikan kepadanya pahala akhirat.Dan kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur”

Kemudian beliau tidak mengadu (al-Syikayah) tentang kesakitan lukanya, dua orang perempuan telah mengadu kepada Rasulullah s.a.w mengenai kesakitan lukanya dan berkata: Wahai Rasulullah s.a.w ! Kami khuatir tentang bahaya lukanya dan kesakitan yang dialaminya, kesan lukanya ketika beliau mati adalah seribu luka dari kepala sehingga kepada kakinya.

Kemudian tentang menyuruh melakukan kebaikan dan melarang melakukan kemungkaran, beliau a.s berkhutbah: Wahai manusia! Perintahkan manusia melakukan kebaikan dan melarang mereka melakukan kemungkaran, kerana kedua-duanya tidak akan mendekatkan ajal, dan tidak melewatkan rezeki. Mereka menyebutkan bahawa beliau a.s telah mengambil wuduk bersama-sama orang ramai. Tiba-tiba seorang lelaki menghimpitkannya.

Lalu beliau memukulnya dengan cemeti sambil berkata:Ini bukan caranya anda melakukan kepada aku. Jika orang yang lebih lemah daripada aku datang, dan anda melakukan kepadanya perkara yang sama, maka anda bertanggung jawab. Pada suatu hari beliau telah berteduh di sebuah kedai daripada hujan, lalu beliau diusir oleh tuan kedai tersebut yang tidak mengenalinya. Kemudian beliau telah menjalankan hudud sekalipun ke atas dirinya dan anak-anaknya.

Sementara orang ramai tidak menjalankannya ke atas orang-orang kenamaan. Adakah seorang pernah mendengar bahawa seorang kenamaan telah dijalankan had ke atasnya oleh seseorang selain daripadanya? Di antaranya adalah ‘Ubaidillah bin ‘Umar bin al-Khattab, Qudamah bin Maz‘un, dan al-Walid bin ‘Uqbah bin Abu Mu‘it telah meminum arak, orang ramai telah menahan diri mereka dari menjalankan had ke atas mereka dan terus pulang ke rumah mereka, tetapi beliau a.s telah memukul mereka dengan tangannya, kerana khuatir hukum hudud dibekukan.

Kemudian beliau tidak menyembunyikan apa yang telah berlaku terhadap anak perempuannya Ummi Kalthum manakala seorang gabenor telah menghadiahkan minyak wangi kepadanya. Beliau a.s menaiki mimbar dan berkata: Wahai manusia! Sesungguhnya Ummi Kalthum binti Ali telah mengkhianati kamu dengan minyak wangi, demi Tuhan, jika beliau mencurinya, nescaya aku akan memotong tangannya sebagaimana aku memotong tangan perempuan-perempuan kamu.

Kemudian tentang ayat-ayat al-Qur’an yang telah diturunkan tentang kelebihannya adalah tidak terkira banyaknya, kemudian mereka bersepakat bahawa beliau a.s tidak pernah membantah Rasulullah s.a w sekalipun satu kalimah, tidak pernah berganjak dari tempat yang diutusnya, beliau memberi khidmat kepada Rasulullah s.a.w pada masa musafirnya, memenuhi bekas airnya, mengupas kulit gandum, mengawal di hadapannya dengan pedang sehingga beliau s.a.w memerintahnya supaya duduk atau pulang.

Beliau telah diutus beberapa kali untuk mendapat air dari Juhfah, orang lain tidak membawa air pulang kerana kesukaran mendapatkannya. Kemudian beliau datang dan membawa air pulang dengan banyak sehingga dialu-alukan oleh para malaikat, Rasulullah s.a.w telah memberitahunya tentang perkara tersebut dan bersabda: Itulah Jibrail dengan seribu malaikat, Mikail dengan seribu malaikat, dan Israfil dengan seribu malaikat. Sayyid Ismail al-Humairi berkata:

Itulah dia orang yang telah diberi salam pada suatu malam Ke atasnya Mikail,dan Jibrail Mikail dengan seribu dan Jibrail dengan Seribu kemudian diikuti Israfil Kemudian orang ramai memasuki rumahnya satu hari sebelum kesyahidannya bahawa mereka naik saksi sesungguhnya beliau telah melaksanakan tugasnya terhadap mereka dengan saksama,tidak menerima rasuah di dalam penghakiman mereka, tidak mengambil harta dari Baitulmal walaupun seberat tali unta, beliau tidak makan melainkan sekadar mencukupi dirinya, mereka juga telah memberi penyaksian bahawa sesungguhnya mereka yang paling jauh kedudukannya adalah mereka yang paling hampir kepadanya.

Catatan kaki:

1. Namanya Abu al-Walid Isa bin Yazid bin Bakr ibn Di’bin, tinggal di Hijaz semasa pemerintahan Musa al-Hadi al-‘Abbasi. Al-Ikhtisas, hlm.144-160, Qum tt.

BIBLIOGRAFI

Abu l-Fida’, Tarikh, Cairo, 1384H.

Abu “Ubaid, Kitab al-Amwal, Baghdad 1958.

Ahmad bin Hanbal, al-Musnad, Bairut, 1382H.

Al-Asy”ari,Abu l-Hasan Ali bin Ismail, al-Ibanah ‘an Usul al-

Diyanah, Cairo, 1385H.

Al-Baihaqi, al-Sunan al-Kubra, Baghdad, 1959

Al-Baladhuri, Ansab al-Asyraf, Tunis 1384H.

Al-Baqillqni, al-Tamhid, Baghdad,1960.

Al-Bukhari, Sahih, Bairut , 1377H.

Al-Darimi, al-Sunan, Cairo, 1385H.

Al-Dhahabi, al-Talkhis, Cair o,1969.

Fakhruddin al-Razi, Mafatih al-Ghaib, Cairo 1967.

Al-Haitaham, Majma’ al-Zawaid, Baghdad, 1378H.

Al-Hakim, al-Mustadrak, Cairo, 1969.

Al-Halabi, Sirah al-Nabawiyyah, Cairo, 1362H.

Ibn ‘Abd al-Birr, al-Isti’ab fi Ma’rifah al-Sahabah ,Cairo, 1365.

Ibn ‘Abd Rabbih, ’Iqd al-Farid,Tunis, 1378H.

Ibn Abi al-Hadid, Syarh Nahj al-Balaghah , Baghdad, 1382H.

Ibn al-Athir, Usd al-Ghabah ,1959.

Ibn Hajr, al-Isabah fi Ma’rifah al-Sahabah ,Bairut, 1953.

________Fath al-Bari, Cairo, 1958.

Ibn Hajr al-Naithami, al-(S.a.w’iq al-Muhriqah , Cairo, 1383H.

Ibn Kathir ,Tafsir, Cairo,1381H.

Ibn Majah ,al-Sunan, Baghdad, 1367H.

Ibn Qutaibah, al-Imamah wa al-Siyasah, Cairo, 1959.

Ibn Rusyd, Bidayah al-Mujtahid, Baghdad, 1959.

Ibn Sa’d, Tabaqat, Cairo, 1375H.

Ibn Taimiyyah, Minhaj al-Sunnah, Baghdad, 1369H.

Al-Jassas, Ahkam al-Qur’an, Baghdad, 1959.

Al-Kulaini, al-Raudhah min al-Kafi, Tehran, tt.

Mahyu al-Din al-Syafi’I al-Tabari, Dhakha’I al-‘Uqba, Cairo, tt.

Malik, al-Muwatta’, Tunis, 1384H.

Al-Muhibb al-Tabari, al-Riyadh al-Nadhirah, Baghdad,tt.

Al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-‘Ummal, Hyderabad, 1374H.

Al-Nasa’i, al-Khasais, Bairut, 1959.

Al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi’ al-Mawaddah, Baghdad, 1395H.

Sahnun, al-Mudawwanah al-Kubra, Cairo, 1380H.

Sulaim bin Qais al-Hilali al-Kufi, Kitab Sulaim, Bairut, 1980.

Al-Suyuti, al-Durr al-Manthur, Cairo, 1961.

_________, Tarikh al-Khulafa’, Cairo, 1368H.

Al-Syafi’I, al-Umm, Cairo, 1958.

Al-Syahrastani, Milal wa al-Nihal, Cairo, 1968.

Syarafuddin al-Musawi, Abu Hurairah, Pakistan, 1959.

Al-Tabari, Tarikh, Bairut, 1968.

_______, Tafsir, Cairo, 1349H.

Al-Tahawi, Musykil al-Athar, Hyederabad, 1372H.

Al-Turmudhi, Sahih, Cairo, 1382H.

Al-Ya’qubi, Tarikh al-Ya’qubi, Bairut, 1379H.

Al-Zamakhsyari, al-Kasysyaf ‘an Haqa’iq wa Ghawamidh al-

Al-Tanzil, Cairo, tt.

(Alhassanain/Berbagai-Sumber-Lain/ABNS)

Ditulis Oleh : Unknown ~ Pada Rabu, 19 Oktober 2016

Terimakasih atas kunjungan Anda serta kesediaan Anda membaca artikel kami yang berjudul Jika Mereka Ahlussunnah Nabi S.a.w; Bagian Ketiga-Selesai. Kritik dan saran dapat anda sampaikan melalui kotak komentar. Anda dipersilakan copy paste berita ini dengan mencantumkan url sumber : http://abnsnews.blogspot.com/2016/10/jika-mereka-ahlussunnah-nabi-saw-bagian_15.html

Subscribe for latest Dunia Penuh Berita

0 komentar:

PROFIL ABNS